Viva Merah

SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 20 June 2016

YEKE DURIAN BAKAR SEDAP ?? (GAMBAR & VIDEO)

No comments :

WALAUPUN tak semua orang tahan baunya dan pandai membuka kulitnya yang berduri, durian tetap menjadi kegemaran ramai.

Tak hairanlah setiap kali tiba musim raja buah ini, gerai menjual durian bagaikan pesta dengan orang ramai datang menjamahnya tanpa mengira masa.

Kebiasaannya durian dimakan begitu sahaja selepas kulitnya dikopek, jika isinya tidak diasing untuk dijadikan tempoyak atau dicampurkan bahan lain menjadi kuih, kek mahupun durian goreng.

Tetapi kini, durian menerima ‘evolusi’ baharu apabila tidak lagi dimakan mentah tetapi dibakar terlebih dahulu sebelum isinya dinikmati.



Walaupun cara baharu menikmati durian ini sangat ringkas namun baru kebelakangan ini sahaja ianya popular. Itulah sebabnya, ramai tertanya-tanya apakah durian bakar cuma satu ‘prank’?

Ternyata tak main-main, memang inilah cara lain peminat durian menikmati kelazatan buah ini secara berbeza.

Caranya pun mudah sahaja – durian yang dikopek sedikit agar terbuka antara ruas, dipanggang atas api sebelum dibuka dan isinya dinikmati seperti biasa.



Pengguna Facebook Smartdory berkata, selepas dibakar isi durian menjadi lembut, lebih manis dan lazat. Kulit durian juga lebih mudah hendak dibuka.

Smartdory yang turut berkongsikan video durian bakar, menikmati sajian raja buah cara itu di sebuah restoran di Pulau Pinang.



Memandangkan sekarang musim durian dan buah ini mudah ditemui di banyak tempat, apa kata cuba menu baharu durian bakar pula untuk menu berbuka hari ini.

Ramai yang kata sedap w0! 
 

"AKU TERSENTAK, BOSS CINA TAK BAGI KELUAR SOLAT !"

No comments :

Kerja pertama aku selepas SPM dulu di Bonia, JPO. Waktu itu, JPO baru dibuka lagi, ramai member yang cari kerja di sana. Nak dijadikan cerita boss aku dulu seorang Cina, Miss Ng namanya. Waktu hari pertama bekerja, aku minta izin untuk keluar solat. Tiba-tiba dia kata tak boleh.

Tersentak juga aku pada waktu itu. Sudahlah ini pengalaman pertama aku bekerja, tiba-tiba nak minta solat tak dapat. Tetapi daripada aku viralkan isu ini di internet, report polis, tak pun call ibu dan ayah untuk mengadu, aku gunakan budi bicara.

Aku beritahu Miss Ng yang aku keluar untuk solat tidak lebih dari 10 minit, sebab dari kedai pergi surau hujung ke hujung mall. Dia kata boleh, tetapi kena punch card. Jadi, aku pun terima sajalah. Selepas 10 minit, aku kembali. Tiba-tiba dia bertanya pada aku.

"Aiyoo? Banyak cepat. You lari ke?" soal Miss Ng.

"Taklah, sembahyang 5 minit saja. Jalan kaki 5 minit,"

Satu hari itu, 3 kali aku punch card untuk keluar solat sahaja. Hari kedua pun aku buat perkara yang sama. Masuk hari ketiga, boss aku kata tak perlu lagi punch card. Nak keluar solat, beritahu dia saja. Hari ke hari selepas itu, tiga bulan aku kerja, tiada masalah untuk keluar solat.

Kadang-kadang mereka bukan tak bagi solat, mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap rasis. Mereka cuma tak tahu. Tugas kitalah untuk educate dan beritahu mereka bahawa solat ini tak panjang mana. Beritahu dia solat 5 waktu sehari ini tidak sama seperti solat Jumaat yang siap khutbah yang memakan masa hampir sejam itu. Barulah dia faham.

Jangan mengelabah nenen sangat. Jangan salahkan mereka semata-mata.

Aku perhati, ada pekerja muslim dari kedai lain yang minta keluar solat. Tetapi dalam perjalanan itu, singgah dulu bersembang dengan member 10 minit, hisap rokok 10 minit. Mengular sana sini. Last-last keluar sampai 30-40 minit. Majikan mana yang tak marah?

3 kali solat, dah 1 jam 30 minit break free-free. Memanglah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab itu pentingnya budi bicara. Runding, bukan berguling. - Nadzri Sazali

"DAH TAHU ANAK KECIL TAKYAH BAWA DATANG MASJID, BISING !"

No comments :

Ruang belakang masjid bising, kedengaran suara pakcik yang sedikit tegang memarahi seorang bapa kepada dua orang anak kecil. Anaknya dalam lingkungan 4 dan 6 tahun, perempuan.

"Dah tahu anak kecil, tak payahlah bawa datang masjid. Bising, tak pandai nak hormat masjid. Dari tadi lagi aku perhati. Jangan buat masjid macam rumah sendiri," katanya.

Si bapa kelihatan tertunduk-tunduk sambil meminta maaf, lalu laju keluar dari bahagian utama masjid.

Imam yang tadinya sedang membaca al-quran sementara menunggu waktu solat masuk, terpanggil untuk pergi mendekati bapa itu. Berlari sikit dia mengejar si bapa yang sedang terkocoh-kocoh memakai selipar kepada anak-anaknya itu.

Imam memberikan salam dan mengajak si bapa duduk sebentar di kerusi luar bahagian utama solat, lalu bertanya kenapa. Tidak semena-mena si bapa menangis terduduk di situ. Jelas kelihatan air mata pada wajahnya. Esakkannya tidak gagal memenuhi ruang itu. Tidak dipedulikan renungan orang yang lalu lalang. Seperti sudah lama tangisan itu ditahan dan hari ini ia dilepaskan semahu mungkin.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi pakcik, saya baru kehilangan isteri empat bulan lepas. Saya rindukan dia. Saya baru diberhentikan kerja kerana selalu mengambil cuti. Anak saya yang bongsu ini sering sakit-sakit selepas ibunya tiada. Masa depan saya kabur, saya tidak boleh nak menghantar mereka ke pengasuh.

"Selepas isteri saya pergi, saya macam sudah kehilangan semuanya. Sekarang saya nak solat pun orang tak bagi. Ujian apa ini pakcik?" katanya sambil menangis.

Dipendekkan cerita, imam menenangkan si bapa tadi lalu mengajaknya masuk semula ke dalam masjid. Like literally, kalau imam itu tidak bertindak segera, mungkin ada seorang lagi manusia yang akan berputus asa pada agamaNya.

Be kind, be tolerate. Kalau tidak mampu nak dekatkan orang pada agama, jangan jauhkan mereka dari agama. - Humaira Saidi

"AYAH, JUAL SAJALAH TANAH PUSAKA TU, ALONG NAK KAHWIN NI...."

No comments :

Aku tengok, ramai sangat yang post pasal kahwin zaman study dan terdetik nak kongsi sesuatu.

Aku tengok ada kawan masa sem 2/3 dah kahwin. Bila tengok latar belakang keluarga, anak orang senang atau anak bongsu, kakak abang dah kahwin, mak ayah kerja bagus. Jadi, aku tidaklah hairan kenapa ada yang mampu kahwin awal.

Jiran aku yang juga kawan sepermainan dari kecil, masuk universiti di utara sama batch dengan aku (2010). Masuk tahun kedua, dia beritahu yang dia nak kahwin dengan teman lelaki dia yang satu kos. Aku sebagai kawan membantah sebab kami berdua cuma asal kampung dan anak perempuan sulung.

Lagipun, adik beradik masih sekolah. Mak dan ayah cuma kerja kampung. Kami pernah berjanji selepas grad, nak kerja, belikan macam-macam untuk keluarga.

Kawan aku ini mendesak orang tua dia agar bersetuju mengahwinkan dia dengan teman lelaki. Aku menangis bila mendapat tahu yang ayah dia sanggup pajakkan tanah semata-mata anak desak nak berkahwin. Keluarga belah teman lelaki tidak mampu nak tolong sebab lelaki itu pun student.

Hari pernikahan dia, aku lihat mak dia menangis dan aku tahu mak dia sedih sebab anak yang menjadi harapan, sanggup membelakangkan keluarga. Malah, mak dia sendiri berpesan kepada aku agar habiskan pengajian dulu.

Sekarang, alhamdulillah kami sudah grad. Semasa keluarga aku nak berangkat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk aku grad, mak kepada kawan aku tadi hanya mengalir air mata dan berkata,

"Dulu kakak berjanji nak bawa keluarga tengok dia grad. Tetapi sekarang dah lain. Makcik tak ada duit nak jalan jauh-jauh,"

Aku cukup sedih melihat mak dia yang aku sudah anggap seperti mak sendiri sebab kami berjiran sejak kecil lagi.

Sekarang, kawan aku itu sudah menjadi surirumah tangga. Suaminya tak bagi bekerja dan mak dia sendiri yang beritahu yang anaknya itu jarang menghubunginya. Apatah lagi nak balik menziarahi mereka. Mak dan ayah yang mengharapkan anak sulung untuk jadi pembantu keluarga kini terpaksa bekerja keras untuk menyara anak-anak yang lain walaupun kudrat semakin tua. Tanah yang dipajak itu pun masih juga tidak dapat ditebus.

Nasihat aku, memang bagus nak kahwin awal tetapi tengoklah keadaan keluarga kita sendiri dulu macam mana. Kalau kau harapan mak dan ayah, tangguhkan dulu hasrat itu. Percayalah kalau kita berbakti pada mak dan ayah, inshaAllah urusan jodoh itu Allah permudahkan bila tiba masanya nanti.

Masuk universiti, tetapkan niat, bukan sibuk nak kahwin memanjang saja.

KONGSI KELEBIHAN KAHWIN SUAMI ORANG, GADIS INI DIKECAM NETIZEN

No comments :

KUALA LUMPUR - Seorang gadis dikecam hebat oleh netizen khususnya golongan 'isteri' yang berang terhadap kenyataannya yang menyatakan kelebihan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Gadis yang menggunakan nama samaran Mak Gegurl Jemah itu, memuat naik kelebihan berkahwin dengan suami orang di laman Facebooknya pada 9 Jun lalu.

"Suami orang biasanya susah nak dapat kerana mereka sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang yang susah dapat, biasanya mahal. Jadi, suami orang adalah 'barang yang mahal' dan untuk pengetahuan anda, barang yang mahal, kualitinya cukup bagus," katanya.



Tanpa menunggu lama, kenyataannya itu mula tersebar di media sosial dan akibatnya dia dikecam oleh netizen.

"Suami yang senang digoda itulah yang paling murah di pasaran. Yang mahal tak akan dapat digoda oleh perempuan murahan," kata Sue Harriz.

"Pity u women ur so cheapskate. Jangan cakap kualiti, value pun tak ada. Why suami orang lekat pada you is because you're cheap, too cheap to carry out the tittle as women. Letak di Bazar Ramadhan pun, no mens turn to you. Get a life or wait for kifarah percuma for you," kata Sue Hussein Sibujursireh.

Melalui pencarian di Facebook mendapati, gadis terbabit telah menukar nama samarannya. Difahamkan, status berkenaan telah dibuat pada Jun tahun 2015, dan pernah dimuat naik semula pada awal tahun ini. Sekali lagi, ia tersebar di media sosial setelah dimuat naik oleh laman Malaysia Viral Story. - SUMBER

CERITA SEBENAR LELAKI TUMBUK MUKA, POTONG KAKI NENEK 89 TAHUN

No comments :
Foto kiri : Keadaan Mek Som selepas kejadian . Foto Kanan: Suspek ditangkap orang kampung & polis.

Pasir Mas, 19 Jun: Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Lemal dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku ketika jam 6 petang tadi, mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan yang berusia 55 tahun.

Harian Metro melaporkan, penyamun yang berusia 19 tahun itu difahamkan merupakan jiran sekampung mangsa.

Ketika kejadian, suspek menceroboh rumah Mek Som dan meminta wang. Bagaimanapun suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai sejenis pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah.

Friday, 17 June 2016

SUARA PEMUDA INI VIRAL DAN DIPUJI IMAM MASJIDIL HARAM (VIDEO)

No comments :

BERSESUAIAN dengan suasana Ramadan, negara jiran kita Indonesia sedang heboh memperkatakan tentang seorang pemuda di sana yang memiliki suara amat merdu ketika mengaji al-Quran.

Kelunakan suara Muzammil Hasballah yang merupakan lulusan Fakulti Senibina Institut Teknologi Bandung (ITB) itu, dikatakan bersamaan dengan suara pendakwah dan pembaca surah al-Quran terkenal dunia, Sheikh Mishary Rashid Alafasy.

Nama Muzammil mula dikenali ramai selepas video dirinya menjadi imam solat Terawih di sebuah masjid, tersebar di YouTube.

Kisah Muzammil tambah hangat apabila seorang netizen mendakwa rakaman bacaan ayat al-Quran pemuda berkenaan turut mendapat pujian Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Adel Al Kabani selepas mendengarnya.

Kini anak kelahiran Acheh berusia 23 tahun itu meraih populariti mendadak sekelip mata dan menjadi ‘jejaka idaman muslimah’ di negara jiran.

Apatah lagi, Muzammil sering tampil berpakaian ‘sempoi’ seperti anak muda lain yang menurut katanya, ia juga salah satu cara dakwah bagi mengajak generasi seusia ke masjid.





Apa pun memang merdu sungguh suaranya.. sahih penuh Masjid Salman ITB dan Masjid Al Lathiif Bandung di mana Muzammil jadi imam solat Terawih pada tahun ini kan? 

KUASA TUHAN, WANITA LAHIRKAN 2 ANAK DALAM MASA 2 BULAN

No comments :


Polewali, Indonesia: Seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak dua bulan lalu terkejut apabila dia tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi baru-baru ini.

Wanita terbabit, Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan disini.

Bagaimanapun, pada 7 Mei, Annisa tiba-tiba sakit perut dan melahirkan seorang lagi bayi perempuan di sebuah pusat perubatan.

Menurut Annisa, selepas dia melahirkan bayi pertamanya, dia kembali bekerja seperti biasa iaitu dengan mengambil upah mencuci pinggan dan mejual kuih.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak,” katanya.

Annisa berkata, anak keduanya dilahirkan di rumah dengan bantuan seorang bidan kampung kerana tidak sempat ke hospital.

“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.

“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.

Pakar di Hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr. Zulfatma berkata apa yang berlaku kepada Anisa tidak mustahil dan sangat jarang berlaku.

“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu.

JELAJAH 60 NEGARA, AKHIRNYA LELAKI IN BERTEMU ISLAM DI TENGAH JALAN

No comments :

Hanya sekadar kejar impian pada mulanya

Empat tahun lepas, lelaki ini bertekad untuk meninggalkan rumah dan mengejar impiannya menjelajah dunia. Antara negara-negara yang dijelajahinya termasuklah : Turki, Indonesia dan Malaysia.




Pada mulanya dia hanya ingin mengejar impiannya sahaja. Namun, Michael Rupert, 29, tidak menyangka penjelajahannya ke 60 buah negara dalam masa 4 tahun itu akan menemukannya dengan Islam.

Rupert yang berasal dari Belgium berkongsi kisah penjelajahannya di Facebook @starringyouworldwide.




Rezeki Mencurah-Curah

Kita tentu tahu, apabila 'travel' dalam jangka masa yang lama, salah satu kekangan yang perlu diatasi adalah masalah kewangan. Tapi, rezeki Rupert ketika menjelajah sangat murah apabila ada individu-individu yang baik hati menderma untuknya semata-mata kerana ingin melihat dia terus menjelajah dunia. Sebagai balasan atas derma, Rupert akan menghantar kepada penderma poskad dan turut mendermakan wang-wang yang diterima kepada mereka yang lebih memerlukan seperti contoh sebuah sekolah di Zimbabwe.

Selain itu Rupert juga menyampaikan ceramah-ceramah inspirasi kepada sekolah-sekolah terbabit.



Dipertemukan Dengan Islam Ketika Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Rupert bukannya seorang Muslim ketika dia memulakan penjelajahannya. Namun dia mula tertarik dengan Islam apabila dia menghabiskan masa dengan keluarga angkat muslim di Malaysia dan Indonesia.

"Selepas tinggal bersama beberapa keluarga muslim di Malaysia dan Indoensia, saya menjadi tertarik dan timbul soalan seperti : Apa yang mereka baca di dalam Quran? Apa yang mereka lakukan di masjid? Apa yang mereka sambut ketika hari perayaan? Ia menjadikan saya tertarik ke arah Islam"




Memeluk Islam pada umur 28 Tahun

Menurut Rupert, dia memeluk Islam pada umur 28 tahun. Rupert berkata ketika tinggal bersama keluarga angkatnya yang beragama muslim, dia tidak pernah dipaksa untuk menukar agama tapi dia tertarik dengan cara hidup mereka.

Terinspirasi dengan perkara itu, Rupert mula mendalami Islam di masjid-masjid tempatan di Kuala Lumpur (Malaysia) dan Jakarta.

Menerusi temuramah dengan mvslim, juga turut bercakap tentang persamaan adat di dunia dan berharap agar manusia dapat hidup dengan aman damai biarpun mempunyai perbezaan.

Kini kisah penjelajahan Rupert menjadi inspirasi buat orang ramai dari seluruh dunia dengan kagum dengan kebaikan yang dibuat olehya. - SUMBER

CERITA SEBENAR RAKYAT BRUNEI MENGAMUK DAN SERANG FACEBOOK DOKTOR MALAYSIA KERANA HINA SULTAN BRUNEI

No comments :

Sejak minggu lalu tersebar dikalangan netizen negara jiran kita, Brunei di mana sebuah pos dari rakyat Brunei yang menyatakan kecewa dan marah dengan tindakan seorang doktor dari Malaysia yang didakwa menghina Sultan mereka iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Doktor berkenaan yang juga merupakan individu yang agak dikenali di laman sosial dikatakan cuba membuat 'sarcasm' kepada mereka yang mempersoalkan jumlah bayaran bonus raya yang diberikan kerajaan kepada kakitangan awam dengan membandingkan negara lain dengan Malaysia.



Namun tindakannya membandingkan antara dua negara berbeza ini membuatkan 'followers'nya dari negara Brunei rasa tidak selesa kerana melibatkan pemimpin kesayangan negara mereka.






Rata-rata rakyat Brunei dilihat marah dan kecewa dengan tindakan doktor berkenaan di mana ramai mula 'menyerang' facebook doktor berkenaan menuntut dia meminta maaf.

Jom kita baca apa reaksi rakyat Brunei.









Bagaimanapun hasil carian kami, doktor berkenaan telah mengubah semula pos berkenaan selepas menerima kecaman orang ramai.


Meskipun dilihat Facebook doktor berkenaan 'diserang' dimana mereka menuntut beliau memohon maaf tetapi sehingga kini tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat oleh doktor berkenaan.- SUMBER

GARA-GARA KELAJUAN CHICKABOO, PULUHAN SYARIKAT JADIKANNYA SEBAGAI MODEL (31 GAMBAR)

No comments :


Semalam kita disajikan dengan sebuah video yang agak mencuit hati di mana seekor burung unta terlepas dan berlari dengan pantas di atas lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 3 petang.

Rata-rata netizen mengatakan tingkah laku burung unta yang diberi nama nama Chickaboo itu berlari sungguh mencuit hati.

Bagaimanapun, Chikaboo telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada tuannya yang memiliki ladang tidak jauh dari lokasi kejadian.

Namun apa yang lebih hebat, nama Chickaboo kini sudah setanding artis, mana tidaknya, gambar dan namanya kini menjadi pilihan puluhan syarikat tempatan sama ada kecil atau besar sebagai model iklan.

jom kita tengok.


























Add caption







































Wah, terbaiklah, dah sama level artis dah Chickaboo, hanya kerana melarikan diri dan menggunakan lorong kanan lebuhraya persekutuan sebagai laluannya. - SUMBER