SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 31 August 2015

AKSI LELAKI TAWAF GUNA SMART SCOOTER JADI PERSOALAN NETIZEN

No comments :


Tindakan seorang lelaki yang berada Masjidil Haram, Mekah yang menunaikan tawaf menggunakan 2-Wheel Smart Electric Scooter nampaknya telah menerima pelbagai pandangan daripada netizens.

Tindakan lelaki berkenaan mula mendapat perhatian selepas ada jemaah telah merakam tindakan lelaki berkenaan dan dimuatnaik ke laman sosial di mana kebanyakkan mereka mempersoalkan adalah ibadah haji yang dilakukan lelaki berkenaan sah kerana tawaf mengelilingi Kaabah salah satu rukun haji.

Kebanyakkan mereka berpendapat jika lelaki berkenaan seorang yang sihat tubuh badan maka dia perlulah berjalan kaki untuk melakukan ibadah berkenaan.

"Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri," lapor portal Al Marshad.

Seorang pengguna media sosial bernama Faisal Altolibi, "Penggunaan kenderaan dua roda ini tidak melambangkan sebarang pengorbanan kita dalam beribadat dan ia tidak sepatutnya di lakukan."

Bagaimapun pihak berkuasa agama haruslah mengeluarkan panduan dan penerangan mengenai penggunaan teknologi moden ini sebagai panduan kepada umat Islam dalam mengejakan ibadah Haji kerana bimbang ia akan menjadi ikutan orang lain. - SUMBER

No comments :

Post a Comment