SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 24 August 2015

BOMBA SELAMATKAN KUCING TERSEPIT DI DALAM ENJIN KERETA

No comments :

TIADA tugas dianggap kecil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika menghabiskan masa 20 minit semata-mata untuk menyelamatkan seekor kucing yang tersekat bahagian kakinya di dalam enjin kereta baru-baru ini.

Menurut maklumat, dalam kejadian pada 21 Ogos itu, satu panggilan diterima pada jam 1 tengahari memberitahu tragedi yang berlaku di Jalan Anggerik Aranda 31/20 Kota Kemuning.

Kurang dari lima minit, anggota dari balai di Kota Kemuning tiba di lokasi untuk membebaskan haiwan kecil kesayangan Rasulullah SAW.

Haiwan malang tersebut dikatakan tersepit pada bahagian belting kereta jenis MPV Naza Ria sewaktu kereta tersebut hendak dihidupkan.




Tindakan cekap dari anggota Bomba telah berjaya menyelamatkan kucing terbabit namun haiwan tersebut mengalami patah kaki akibat daripada bahagian enjin kereta yang panas telah mengenai kakinya.

Pemilik kucing tersebut seterusnya menghantar ke klinik haiwan untuk memberikan rawatan.

Ini bukan pertama kali anggota bomba dipanggil untuk membantu haiwan peliharaan.

Jika anda masih ingat, pada Februali lalu anggota bomba dari balai Ampang terpaksa turun ke longkang sedalam tiga meter di Taman Kosas Ampang untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di situ.

Awal bulan yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berusaha menyelamatkan seekor tapir yang terperangkap di dalam longkang. – SUMBER

No comments :

Post a Comment