SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 24 August 2015

GARA-GARA LARI DARI KEMALANGAN

No comments :

Alor Setar: Kerana melarikan diri selepas kemalangan seorang jurukimpal menghadapi detik cemas selepas cermin rumah dipecahkan dan tiga buah keretanya dirosakkan oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Kampung Telok Gelam, Jitra, dekat sini, Jumaat lalu.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaki pada jam 11 malam itu selepas sekumpulan terdiri dari 15 orang lelaki itu tidak berpuas hati kerana tindakan mangsa berusia 46 tahun yang didakwa melarikan diri selepas terbabit dalam dua kemalangan, masing-masing dengan sebuah motosikal di Jalan Telok Malek dan Taman Kelisa di Jitra.

Menurut mangsa dia bertindak melarikan diri kerana ketakutan selepas mendakwa diugut oleh kumpulan lelaki berkenaan membuatkan dia melarikan diri selepas terbabit dalam pelanggaran di Jalan Telok Malek, Jitra 30 minit sebelum kejadian.

Kerana kemalangan itu. mangsa kemalangan seorang lelaki berusia 20-an difahamkan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa ketika dihubungi berkata, sehingga kini, dia tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang berhubung keselamatan diri. - SUMBER

No comments :

Post a Comment