SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Thursday, 27 August 2015

"HEI, ANDA SEMUA BOLEH DUDUK....." - KATA-KATA UNCLE LAU KEPADA PEKERJA ASING DALAM MRT MENYENTUH PERASAAN

No comments :

Kehadiran warga asing memenuhi sekitar pelusuk kawasan di Malaysia untuk mencari rezeki pasti membuatkan ramai rasa tidak senang duduk dan ada berkata seperti berada di negara asing.

Pasti juga ada segelintir warga kita tidak selesa berdasarkan komen-komen yang dilihat di laman sosial apabila ada bersama mereka di dalam pengangkutan awam terutamanya Lrt, Monorel atau Komuter.

Tetapi apa berlaku di negara jiran Singapura yang menjadi viral baru-baru ini adalah sebaliknya.

Kisah seorang lelaki tempatan atau lebih dikenali sebagai Uncle Rimy Lau, 68, telah menaiki pengangkutan MRT di negara berkenaan di waktu puncak yang dipenuhi orang ramai.

Apabila beliau memasuki dalam gerabak MRT berkenaan tempat duduk telah dipenuhi orang ramai, kelihatan tiga orang warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan dari India telah bangun dari tempat duduk mereka untuk diberikan kepada Uncle Lau.

Tetapi apa yang mengejutkan orang ramai yang berada disekeliling Uncle Lau menolak perlawaan tersebut dan jawapannya amat mengejutkan.

"Hei anda boleh duduk ... anda tidak perlu bangun daripada tempat duduk berkenaan terutamanya di dalam pengangkutan awam seperti ini kerana anda semua datang ke sini untuk membina rumah kami untuk kami tinggal dan anda sememangnya boleh duduk di situ kamu tahu?." katanya.

Kata-kata Uncle Lau itu telah benar-benar menyentuh hati orang yang berada disekeliling dan juga pekerja asing itu yang dikenali sebagai Saravanan Samidurai, 28.



Saravanan dan kawan-kawannya mula bercakap dengan Uncle Lau, beliau juga sempat mengambil gambar selfie dengan lelaki berhati mulia berkenaan.

Seorang wanita bernama Melody Zaccheus yang berada berhampiran mereka telah berkongsikan kisah ini ke laman facebooknya di mana gambar yang dikongsinya telah disukai seramai 18ribu orang dan dikongsi sebanyak 19 ribu kali.



Kisah berkenaan menjadi buah mulut dikalangan netizens di sana dengan ramai menyokong kata-kata Uncle Lau yang mereka pekerja asing adalah sebahagian daripada orang yang membangunkan Singapura. - sumber

No comments :

Post a Comment