SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 29 August 2015

"JUST TO LOOK AROUND" - TAHNIAH TUN MAHATHIR ! (VIDEO)

No comments :

Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya turun padang ke lokasi perhimpunan kira-kira pukul 7.30 malam pada Sabtu.

Ketika tiba, Tun M bersama-sama dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.

Video ini dikatakan telah dirakam di persimpangan Jalan Raja dekat Dataran Merdeka dan Tun M disambut hangat oleh peserta-peserta Bersih 4.0 yang rata-ratanya merupakan bangsa Cina.

Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Tun M kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.

Keadaan tolak-menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir di situ, beliau hanya berkata secara ringkas: “Just to look around (saja datang nak melihat-lihat)”.  sumber



LIHAT VIDEO LAIN KEHADIRAN MAHATHIR DALAM BERSIH DI SINI (DURASI 0:30)

No comments :

Post a Comment