SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 25 August 2015

KISAH SI BODOH SOMBONG INTAN FARHANA, HINA PASANGAN GUNA MOTOR DI DRIVE THRU

No comments :

Hajat nak mentertawakan orang, nampaknya sudah memakan diri sendiri apabila individu yang memuat naik gambar berkenaan ditertawakan serta dikritik netizen di media sosial.

Intan Farhana, memuat naik gambar pasangan yang menaiki motosikal menggunakan lorong Drive Thru restoran makanan segera McDonald untuk memesan makanan.

"Aku laki bini terkejut bila tengok mamamt ni nan awek dia, berdekah terkekek aku nan laki aku ahh. ini drive thru bukan ride thru," katanya.

Susulan itu, netizen mengkritik tindakannya mentertawakan orang yang dianggap memalukan pasangan terbabit.

"Apa yang peliknya? Rider lalu Drive Thru McDonald adalah perkara biasa. Pertama kali ternampak ke? Sakai," kata Ziba.

"Kat Arab nun ada je orang naik unta lalu Drive Thru. Tak ada pula yang peliknya. Baru keluar dari gua ke?" kata Nizam.

"Aku kerja di McDonald Drive Thru dah setahun. Memang dah biasa dah tengok. Aku rasa Intan Farhana ini baru datang ke bumi. Diorang dari Planet Nameck. Planet Nameck tak ada Drive Thru," kata Azril Ril.

Hasil pencarian di Facebook, akaun Facebook individu terbabit sudah dinyahaktifkan.

Perkara seperti ini adalah biasa di Malaysia. Pernah juga terlihat rider dengan aweknya lalu Drive Thru. Sungguhpun agak janggal dan melucukan, namun tidak perlulah sampai merakam gambar orang dan muat naik ke laman sosial.

Cukuplah sekadar tersenyum dan jadikan ia sebagai satu keunikan masyarakat kita di Malaysia bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. - SUMBER

No comments :

Post a Comment