SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 29 August 2015

"NAJIB DISIHIR RM" - TUN MAHATHIR SINDIR NAJIB (VIDEO)

No comments :

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja ‘disihir’ oleh “RM”, sebaliknya “RM” sendiri mempunyai banyak “bomoh”.

Berucap di Stadium Pasir Gudang, Johor pada program bual bicara bertajuk: “Malaysia hari ini: Ke Mana kita” beliau berkata, “bomoh” itu datang dari pelbagai tempat, termasuk Indonesia dan India untuk membantu perdana menteri. – KiniTV

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi “bangsat” sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.


Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak yang mendakwa orang Melayu Islam akan “terbangsat” sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara ini.

“Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini.”

Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.

“Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la,” tambahnya.

“Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai,” kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan “terbangsat” sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Najib dilaporkan sebagai berkata: “Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

“Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa,” kata Najib yang juga presiden Umno dilaporkan ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara. – SUMBER

No comments :

Post a Comment