SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 25 August 2015

"PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA TAKKAN KEBULURAN" - NAZRI

No comments :

BUKIT FRASER - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberikan jaminan bahawa pelajar tajaan kerajaan di luar negara tidak akan kebuluran kerana mereka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, jumlah biasiswa yang diperuntukkan oleh kerajaan tidak akan berkurangan meskipun nilai ringgi lemah pada ketika ini.

"Saya tidak fikir pelajar kita di luar negara akan kelaparan sebab dana tajaan kerajaan tetap disalurkan dengan jumlah yang sama. Jika sebelum ini mereka menerima 500 pound, ia tidak akan dikurangkan kepada 400 pound.

"Kerajaan masih menanggung, sebab itu saya tidak fikir pelajar tajaan kerajaan akan menderita kerana mereka masih dibiayai dengan jumlah biasiswa yang sama. Pada pendapat saya, mereka tidaklah menderita sehingga tidka dapat membeli makanan dan lain-lain kerana mereka tajaan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, adalah tidak masuk akal sekiranya ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar di luar negara mendakwa terkesan dengan impak kejatuhan nilai ringgit.

"Sekiranya anak mereka tidak ditaja kerajaan ini bermakna ibu bapa berkemampuan dan sudah tentu bersedia untuk menanggung risiko dan kesan kejatuhan ringgit. kerana kerana pelajar yang tidak mampu akan mendapat biasiswa daripada kerajaan," katanya.

Tegasnya lagi, keluarga pelajar tidak akan menderita, sebaliknya kerajaan yang merana kerana menanggung pembiayaan pelajar Malaysia di luar negara.

"Kalau kerajaan kurangkan atau potong biasiswa, itu betul pelajar akan menderita. Maka masalah beban itu bukan ditanggung pelajar pelajar dan keluarga mereka, sebaliknya kerajaan.

"Jangan ingat kerajaan tidak duduk dan bincang. Kita juga merangka langkah-langkah untuk memastikan nilai mata wang kita kukuh sebab yang kena tanggungnya adalah kita (kerajaan) bukannya pelajar-pelajar tajaan kita, mereka tetap mendapat 500 pound.

"Tapi betullah yang pelajar persendirian memang akan 'sakit' namun apabila mereka memilih untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara itu bermakna mereka mampu manakala yang tidak mampu itu kita bayar," katanya.

"Kejatuhan matawang adalah fenomena dunia, Malaysia bukannya satu-satunya negara yang menghadapinya.

"Apa yang saya nak katakan kami (kerajaan) tidak gembira dan jangan fikir kerajaan hanya diam dan tidak berbuat apa-apa untuk kukuhkan nilai ringgit tapi kalau harga minyak jatuh salah kita ke?

"Sekarang minyak Shell murah, salah kita ke? Bukan salah kita, mereka yang berperang di sana bukannya sebab kita," katanya.

Beliau berkata,sektor pelancongan menerima kesan positif akibat kejatuhan nilai ringgit.

"Itulah bila saya cakap orang marah. Di Selangor sahaja sejak ringgit melemah sektor pelancongan meningkat 17 peratus sehingga Jun.

Hal ini kerana pelancong tempatan juga terpaksa bercuti dalam negara manakala pelancong luar dapat berbelanja besar di sini.

"Begitu juga dengan kos hartanah turut menyusut menyebabkan pembeli dan pelabur luar datang ke Malaysia.

Kos beli bangunan sejuta murah bagi orang luar tapi ia masih sejuta untuk kita, mungkin dulu mereka tidak mampu beli sekarang dah mampu," katanya.

Selain itu, Nazri menyatakan keluaran produk pertanian, perladangan dan perikanan juga meningkat kerana kita tidak lagi bergantung kepada barangan import. Ikan, sayur, daging tidak lagi di ambil dari luar sebab industri pengeluaran kita diperkukuh.

"Jadi jangan marah, saya cuma beritahu kebenaran kerana perkara ini memang logik.

"Pelancong datang sebab duit kita lemah, ini fakta. Sebenarnya kalau kita duduk dan fikir proaktif ia akan membantu," katanya. - SINAR HARIAN

No comments :

Post a Comment