SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 31 August 2015

"SULTAN PUN BOLEH DIBUANG !" - MUFTI PERLIS

No comments :
 


KUALA LUMPUR – Sultan juga boleh dibuang dengan kuasa rakyat!

Itu ‘perutusan’ Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58.

Kata beliau, tiada pihak boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang mentadbir kerajaan atas nama semangat patriotisma.

“Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya.

“Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti. Sultan dan Menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Asri dalam pada itu membela tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 yang majoriti mereka berketurunan Cina menentang kerajaan sejak dua hari lalu.

Beliau mendakwa kononnya penentangan terhadap kuasa politik oleh Bersih 4 tidak membuktikan mereka tidak sayangkan negara.

“Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim.

“Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada pihak Istana, parti-parti politik dan macai-macai yang mengampu jangan cuba mempermainkan rakyat dengan menafikan kecintaan mereka ke atas negara. – SUMBER

No comments :

Post a Comment