SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Friday, 28 August 2015

"TOLONG BANG, SAYA MINTA RM212 JE, DOMPET SAYA HILANG"

No comments :

Lelaki yang bernama Balakrisnan ini, didakwa melakukan penipuan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Modus operandinya mudah, iaitu meraih simpati orang ramai dengan mereka cerita kononnya dompet beliau telah dicuri dan juga dia telah membuat laporan polis.

Berbekalkan salinan laporan polis tersebut, dia memperdayakan orang awam untuk meminjam duit serta mencipta alasan kononnya ingin memeluk agama Islam.

Salinan laporan polis itu pula bukan berdasarkan nombor kad pengenalan yang sebenar kerana setiap nombor kad pengenalan yang tertera adalah berbeza pada pangkal tarikh dan bulan.

Ingat wajah lelaki ini. Dia mungkin telah lama menjalankan kegiatan ini dan mungkin ramai yang telah menjadi mangsanya dengan menggunakan salinan laporan polis palsu.

Al-Kisahnya

Situasi ini adalah situasi yang sebenar berlaku pada saya baru-baru ini di Negeri Sembilan.

Seorang lelaki berbangsa India menyatakan dia baru keluar dari balai polis buat laporan polis yang mana dompetnya hilang dicuri oleh penyeluk saku.

Katanya, dia datang dari Johor ke Negeri Sembilan untuk temuduga. Kini dia tiada duit untuk buat kad pengenalan yang baru. Dia cuba meminjam duit dari saya sebanyak RM212 untuk buat kad pengenalan baru pagi esok dan juga terus buat kad ATM. Dia berjanji akan membayar balik kepada saya kelak.

Cara percakapan lelaki ini seperti mengikut skrip yang telah dirancang. Mungkin sudah 88 kali dihafal sebelum bertemu dengan saya.

Selain itu juga, dia memberikan alasan dia ingin memeluk agama Islam. Sama ada benar atau tidak, hanya Allah saja yang tahu.

Bimbang diperdayakan, saya berikan soalan perangkap kepada lelaki ini.

"Call mak ayah, saudara mara awak atau kawan-kawan. Saya akan bagi nombor akaun saya dan minta dia masukkan dalam akaun dan saya akan keluarkan duit itu beri kepada awak,".

"Saya anak yatim piatu, ada adik kecil dua orang, nenek tua. Tiada saudara mara yang lain. Kawan-kawan pun tiada. Saya tiada siapa-siapa untuk meminta bantuan," katanya.

"Cuba tengok tangan kiri kanan awak, kan ada jam dan gelang emas? Pergilah jual atau gadai. Esok dah dapat IC, buat kad ATM, pergi tebus balik,"

"Tak apalah kalau tak mahu tolong. Encik kerja apa ye?" soalnya.

"Saya peguam,".

Dengan serta merta dia meminta saya membuang gambar dia yang telah dirakam. Memang saya membuang gambarnya di depan mata dia sendiri. Namun dia tidak tahu bahawa iPhone 6 ada tray delete yang boleh penggunanya mendapatkan semula gambar-gambar yang telah dibuang.

Seterusnya, saya menghubungi balai polis tempat laporan itu dibuat untuk tujuan pengesahan. Menurut pihak balai, memang ada report yang dibuat atas kehilangan dompet tersebut dan ini bukan kali pertama individu terbabit membuat laporan polis di situ.

Hati-hati dengan penipu dan penyamun. Mereka sekarang dah pandai nak buat report polis. Konon nak tunjuk yang diorang benar-benar dilanda musibah. - SUMBER

No comments :

Post a Comment