SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 25 August 2015

(VIDEO) "YA ALLAH, SIAPALAH BUANG BAYI COMEL NI"

No comments :

PORT DICKSON - Video seorang bayi baru lahir ditemui oleh penduduk kampung di tepi jalan, tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 1 minit 52 saat itu menunjukkan bayi yang baru lahir itu ditemui dalam keadaan yang masih bertali pusat.

Menurut penduduk kampung, bayi itu ditemui di tepi jalan oleh beberapa orang pemuda yang terdengar tangisannya sebelum diserahkan kepada mereka.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, bayi yang ditemui adalah bayi perempuan di tepi jalan di Felcra Air Hitam Batu 18 Pasir Panjang pada jam 7 petang semalam.

Ketika ditemui, bayi berkenaan dalam keadaan bersih dan hanya dibaluti dengan kain batik dan dihurung semut.

"Comelnya ya Allah. Jahatnya orang buang kamu. Kasihan dia. Kalau anjing jumpa macam mana?" kata wanita yang mendukung bayi berkenaan.

Penemuan bayi itu kemudian dilaporkan kepada polis sebelum dihantar ke klinik untuk rawatan selanjutnya. - SUMBER
LIHAT VIDEO DI SINI (DURASI 1:52)

No comments :

Post a Comment