SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 15 September 2015

"AKAN DATANG WALAUPUN TERPAKSA MERANGKAK" - PESERTA BAJU MERAH YANG BODOH

1 comment :

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Penasihat Persatuan Penduduk Lembah Keramat, Mokhtar Omar, 80, berkata beliau akan hadir ke perhimpunan 'Baju Merah' esok walaupun terpaksa merangkak.

Mokhtar menyifatkan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang akan hadir esok sama dengan perjuangan pemimpin Melayu lama khususnya ketika kaum itu dihina sehingga tercetus peristiwa 13 Mei 1969.

Tambahnya lagi, peristiwa 13 Mei berlaku kerana tindakan pelampau kaum tertentu yang sengaja masuk ke penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur dan menghina dan menghalau mereka keluar.

Katanya lagi, cubaan itu gagal kerana penentangan dari orang Melayu, oleh itu semangat yang sama perlu dikekalkan dalam kalangan generasi mudah bagi memastikan mereka terus dihormati oleh kaum-kaum lain.

“Sampai bila kita mahu biarkan mereka menghina bangsa ini, dalam perhimpunan haram Bersih 4.0, gambar pemimpin Islam dipijak-pijak, selama ini mereka mempermainkan bangsa dan agama kita.

“Saya sendiri terlibat mempertahankan orang Melayu pada tahun 1969. Maka saya akan hadir esok, walaupun terpaksa merangkak, saya akan datang memberi sokongan kerana perjuangan seperti inilah yang berjaya mempertahankan orang Melayu daripada dihalau,” katanya memetik laporan Utusan Online. SUMBER

1 comment :

  1. macam2 hal la kan skrg....harap tiada pergaduhan nanti

    ReplyDelete