SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

ANAK RISAU, TELEFON IBU DIJAWAB OLEH LELAKI ARAB

No comments :



KUALA LUMPUR 13 Sept. - Anak kepada salah seorang jemaah Malaysia yang masih belum ditemui meluahkan kerisauannya apabila percubaannya menelefon ibunya dijawab oleh seorang lelaki arab.

Menurut Noor Farehah Abu Bakar, 35, dia cuba menghubungi ibunya Zainun Taha, 69, sebelum dijawab oleh seorang lelaki Arab dalam suasana hingar dan bising.

“Selepas mendapat tahu tentang kejadian kren runtuh di Mekah, saya terus menelefon ibu berkali-kali namun tidak berjawab”.

“Kali ketiga saya telefon, lelaki itu menjawab tetapi dia beritahu tidak boleh berbahasa Inggeris lalu mematikan talian. Saya cuba mendapatkan rakan yang boleh berbahasa Arab dan menghubungi semula nombor ibu tetapi tidak dijawab.

“Kami sekeluarga amat risau dan harap ibu selamat. Kami reda apa yang berlaku tetapi meminta agar pihak Tabung Haji segera memaklumkan kami jika ada sebarang khabar berita tentang keadaan ibu di sana,” katanya memetik laporan dari Utusan Online.

No comments :

Post a Comment