SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 1 September 2015

APA RELEVAN BELI KAPAL PERANG MISTRAL PERANCIS RM3.5 BILION DI WAKTU KEGAWATAN EKONOMI SEKARANG?

No comments :


Menurut Rafizi, kapal perang kelas Mistral tersebut yang diberi nama Sevastopol dan Vladivostok, pada asalnya dibina kerajaan Perancis untuk dijual kepada Rusia. – Gambar Malaysiakini

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kesesuaian masa pembelian kapal perang Rusia yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum.

PKR hari ini menggesa kerajaan menjelaskan hasratnya membeli sebuah kapal perang bernilai RM3 bilion, seperti didakwa majalah The International Business Times pada 26 Ogos lalu.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli pada satu sidang media hari ini mempertikaikan masa pembelian itu yang dibuat sewaktu ekonomi Malaysia sedang merudum.

Menurutnya, pemilihan kapal perang yang dilaporkan berasal dari Rusia itu mempunyai perincian berbeza dengan strategi persenjataan Malaysia.

“Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baharu mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?

“Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal.

“Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya di ibu pejabat parti itu pagi ini. – TMI

Menurut Rafizi, kapal perang kelas Mistral tersebut yang diberi nama Sevastopol dan Vladivostok, pada asalnya dibina kerajaan Perancis untuk dijual kepada Rusia.

Bagaimanapun, Perancis membatalkan jualan itu kerana rekod buruk hak asasi Rusia dan ia kini dilaporkan akan dijual kepada Malaysia.

“Semakan menunjukkan sebuah kapal perang ini berjumlah sekitar AS$600 juta dalam tahun 2012.

“Ini bermakna kos pembelian kapal perang kelas Mistral ini boleh mencecah RM2.6 bilion,” katanya.

Mengambil kira kontrak penyenggaraan dan bantuan teknikal yang menurut Rafizi kebiasaannya bernilai ratusan juta ringgit, beliau menganggarkan kos pembelian tersebut mungkin mencecah RM3 bilion duit rakyat.

“Itu tidak termasuk pembelian helikoper yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral ini,” katanya.

Menurut Rafizi, laporan akhbar itu dikuatkan lagi dengan ketibaan Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian di negara ini semalam untuk lawatan dua hari, dan dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – TMI

No comments :

Post a Comment