SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Wednesday, 16 September 2015

BAJU MERAH: TWITTER BUNG MOKTAR DISERANG GARA-GARA SALAH GAMBAR

No comments :

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin 'diserang' dengan puluhan komen dari orang ramai apabila beliau tersalah memuat naik gambar perhimpunan "Baju Merah".

Gambar yang didakwanya perhimpunan "Baju Merah" itu sebenarnya gambar perhimpunan Anti-GST yang mengambil tempat di Dataran Merdeka.

Di tweet berkenaan Bung menulis "Himpunan Rakyat Bersatu dah bergema..Ribuan Rakyat dan Berhimpun..Seakan akan menjadi Lautan Merah".

"@MyKinabatangan tak usah la tipu.. Himpunan Rakyat Bersatu kumpul di Padang Merbok. Itu gambar Dataran Merdeka siap ada Nik Abduh. Lulz", tulis Amir Adlan.

"@MyKinabatangan curi gambar orang dari perhimpunan lain! Saman kau baru tau!", tulis Didi Andra pula.

"@MyKinabatangan This is not today's Himpunan Merah. Dont humiliate yourself. Please check your source b4 you tweet", tulis Shakir M pula. - SUMBER

No comments :

Post a Comment