SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

DATUK RAYU CUCU LARI BERSAMA TOMBOI KEMBALI KE RUMAH

No comments :
Hoon Yean menunjukkan gambar cucu perempuannya yang dipercayai melarikan diri dengan kekasih tomboi.


SEORANG ahli perniagaan dari Ipoh, Perak merayu agar cucu perempuan segera kembali ke rumah selepas dia dipercayai melarikan diri bersama seorang wanita berperwatakan tomboi.

Hew Hoon Yean, 68, berkata cucunya, Poh Yee, 18, kali terakhir dilihat di kediamannya Jumaat lalu.

Poh Yee turut meninggalkan anak lelakinya berusia 18 bulan kepada ahli keluarganya yang lain.

Menurut Hoon Yean, cicitnya itu setiap hari merengek rindukan ibunya dan sentiasa bertanyakan keberadaan Poh Yee. Suami Poh Yee pula bekerja di Singapura.

Poh Yee dipercayai berubah sikap sejak pulang dari bercuti di Kuala Lumpur dua bulan lalu dan menjadi semakin berahsia dengan ahli keluarganya.

“Dia sentiasa leka dengan Facebook dan setiap kali dapat panggilan telefon, dia akan menjawabnya jauh dari kami semua.

“Masa itu kami dah perasan tingkah lakunya yang pelik tapi tak berapa fikirkannya sehinggalah dia melarikan diri baru-baru ini,” katanya memetik The Star.

Susulan itu, Hoon Yean membuat laporan polis berhubung kehilangan cucunya itu selepas usaha mencari dan mengesan Poh Yee menemui jalan buntu.

Hoon Yean berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap tomboi yang dipercayai telah mempengaruhi Poh Yee sehingga dia melarikan diri dari rumah sehingga mengabaikan anak tunggalnya. – SUMBER

No comments :

Post a Comment