SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 15 September 2015

GAMBAR LELAKI BASAH KUYUP DEMI MELINDUNGI ANAK DARI HUJAN JADI VIRAL (VIDEO)

No comments :

Seorang bapa jadi sensasi internet selepas gambarnya yang basah kuyup demi anaknya jadi viral.

GAMBAR seorang lelaki yang juga bapa yang sanggup basah kuyup demi anak lelakinya ini telah viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Keprihatinan serta kasih sayang sebagai bapa yang ditunjukkan lelaki ini sememangnya menyentuh perasaan dan mengharukan orang ramai.

Namun tiada lokasi spesifik menyatakan di mana gambar ini diambil. Jika diamati dari segi kawasan persekitaran dan beberapa aspek lain, lokasi gambar ini diambil berkemungkinan di China.

Apa pun, dari mana gambar ini berasal itu tidak penting kerana apa yang utama adalah nilai-nilai murni yang ditunjukkan lelaki ini serta pengajaran kepada setiap anak untuk menghargai pengorbanan bapa masing-masing. – SUMBER

No comments :

Post a Comment