SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

GARA-GARA KUAT MENIPU, KPDNKK ARAH PENIAGA PETALING STREET TANDATANGAN SURAT AKU JANJI

No comments :


KUALA LUMPUR - Semua peniaga di Jalan Petaling akan diwajibkan menandatangani dokumen aku janji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bagi memastikan mereka menjalankan perniagaa mengikut undang-undang.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, perbincangan akan diadakan dengan persatuan peniaga di situ bagi memastikan mereka memahami setiap perkara berkaitan aku janji itu serta memberi peluang pada mereka untuk menyatakan pandangan.

Menurutnya, langkah itu diambil untuk menjaga imej Jalan Petaling sebagai pusat perniagaan dan melindungi hak pembeli terutamanya pelancong asing daripada ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan berhasrat menjaga imej Petaling Street dan memastikan tempat itu menjadi destinasi yang wajib dikunjungi pelancong. Kita tidak mahu bila membeli barang, ada pelancong yang rasa tertipu.

"Sebab itu saya meminta peniaga di sini menandatangani aku janji itu. Namun kami akan berbincang terlebih dahulu kerana saya sebagai pembuat polisi perlu berlaku adil dengan semua pihak," katanya.

Draf aku janji itu telah disiapkan dan kesemua 773 peniaga di Petaling Street akan menandatangani aku janji itu pada hujung bulan ini. - SUMBER

No comments :

Post a Comment