SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 5 September 2015

"INILAH WAJAH SKUAD HARIMAU MALAYA YANG MEMALUKAN" - ZAQUAN KECEWA DENGAN LAPORAN AKHBAR

No comments :

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 10-0 dalam perlawanan bola sepak antara Malaysia dan UAE dalam aksi perlawanan ketiga kumpulan A bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019

Kekalahan tersebut menyebabkan pelbagai kritikan dari orang ramai terutamanya peminat di media sosial. Selain itu, sebuah akhbar tempatan juga dilihat mengkritik kekalahan memalukan itu dengan melabelkan wajah pemain-pemain yang terlibat dalam perlawanan sebagai memalukan negara.

"Inilah wajah anggota skuad Harimau Malaya yang memalukan negara di Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini", tulis akhbar tersebut bersama satu gambar skuad Harimau Malaya.



Pemain bola sepak negara, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak tampil menzahirkan perasaan kecewa ke atas laporan yang disifatkan olehnya sebagai tidak sensitif itu.

"Typical writer. Wajar kah anda sebagai penulis melebelkan pemain ini sebagai wajah yang memalukan? Wajah anda lebih memalukan daripada mereka yang berusaha bermain untuk negara..jangan hanya pandai menulis tanpa melihat hati dan perasaan mereka..maaf jika tersalah kata", tulis Zaquan diakhiri dengan hashtag #harimaumalaya.




Kekalahan itu juga menyebabkan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Dollah Salleh, meletak jawatan dan digantikan dengan Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara. - SUMBER

No comments :

Post a Comment