SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Monday, 7 September 2015

"JANGAN SAMPAI AYAH KE AS CARI ALVIN" - RANI KULUP UGUT ALVIN TAN

No comments :

Barangkali berang dengan tindakan tidak berkesudahan Alvin Tan yang sering menghina agama Islam dan kaum Melayu, Abdul Rani Kulup Abdullah kini menggesa kerajaan menyegerakan prosedur ekstradisi blogger kontroversi berkenaan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat desakan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara.

Dengan langkah itu menurutnya akan membolehkan Alvin segera ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara, demikian memetik laporan Sinar Harian Online.

"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan.

"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya berseloroh.

"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin oleh beberapa pertubuhan dan individu, namun tiada tindakan diambil terhadap blogger berkenaan yang masih bebas di Amerika Syarikat. - SUMBER

No comments :

Post a Comment