SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

"KALAU SEKADAR JEMPUT TUN MAHATHIR SEORANG BUAT APA ??"

No comments :

Penganjur Himpunan Melayu Bersatu atau Kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar menjemput sekali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke perhimpunan aman yang diadakan 16 September depan.

Cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bersemuka secara langsung dengan Presiden UMNO itu di hadapan khalayak.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, Jamal sepatutnya berhenti membodek, sebaliknya mencari jalan kepada kedua-dua mereka bertemu dan menjelaskan fakta sebenar terhadap apa yang berlaku.

“Kalau sekadar jemput Tun Dr Mahathir seorang saja buat apa?! Masalah kemelut politik dan ekonomi negara masakini boleh diselesaikan secara suasana tenteram apabila kita bagi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat secara professional seterusnya memberi pencerahan kepada rakyat jelata untuk menghakiminya!! Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong biarlah rakyat yang buat penilaian masing-masing!!

“Yang penting bagi mikrofon serta pentas kepada Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir pada hari perhimpunan tersebut!! Itu baru betul!! Jamal Md Yunos berani ker anjurkan perhimpunan baju merah pada 16 september yang dihadiri oleh Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad?!” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataannya, Khairuddin turut menawarkan diri untuk menjemput semua pengamal media-media dari dalam negeri serta seluruh dunia untuk hadir buat liputan pada perhimpunan secara siaran terus menerus.

Katanya, dengan pertemuan dua tokoh di atas pentas yang sama barulah Perhimpunan Baju Merah menjadi ilmiah.

“Saya rasa kalau Jamal Md Yunos boleh bagi jaminan kehadiran Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir pada perhimpunan ini; bukan ribuan malah jutaan rakyat malaysia akan nenerkam untuk menghadiri diri pada perhimpunan ini!!”

“Alang-alang nak bodek biarlah kita anjurkan sebegini-rupa baru ada ‘impact’ wahai Jamal Md Yunos!! Kalau tak boleh anjur macam ini jangan buang masa Tun Dr Mahathir lah!! Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah untuk tun dr mahathir tangani bagi menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta tanahair kita!!” tulisnya lapor FMT.

No comments :

Post a Comment