SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 5 September 2015

KANAK-KANAK TERSELAMAT SELEPAS MINUM SUSU ANJING HAMIL

No comments :

Santiago – Seorang kanak-kanak terbiar terselamat daripada mati kebulur selepas dia menghisap susu seekor anjing hamil.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu yang namanya tidak didedahkan dilihat menghisap susu anjing jirannya, Reina selepas ibunya yang mabuk meninggalkan dia tanpa makanan atau minuman di bandar Arica, 2,000 kilometer dari ibu negara Chile ini.

Polis yang dipanggil ke tempat kejadian membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital

Selain didapati kekurangan zat, kanak-kanak itu juga disahkan menghadapi masalah jangkitan kulit dan berkutu.

Pegawai percaya budak itu yang dilihat menghisap susu anjing di sebuah bengkel mekanik di bandar berkenaan Khamis lalu terselamat daripada mati kebulur oleh susu anjing itu. SUMBER

No comments :

Post a Comment