SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Friday, 4 September 2015

KEBANYAKAN PENIAGA CINA DI PETALING STREET ADALAH SAMSENG ! (VIDEO)

No comments :

Kuala Lumpur – “Bukan saja mereka biadap pada orang India, malah orang Cina pun mereka berbuat begitu”, antara petikan komentar yang telah dilontarkan oleh salah seorang pengguna laman Facebook yang bernama Alvingoh Goh.

Menurut Alvin melalui ruangan komen di Facebook SuaraTV, mereka yang pernah berkunjung ke Petaling Street pasti tahu mengenai penjaja gerai di sana sambil menyifatkan semua peniaga Cina di kawasan terbabit mahu menunjukkan kuasa samseng.

“Pernah sekali saya kunjungi salah sebuah gerai buah, saya bertanya berapa harga sekilo anggur, Tauke tersebut menjawab RM28 sekilo”.

“Dalam hati saya wow mahalnya sambil menghantuk-hantuk kepala dan saya terus tengok buah yang lain, lepas tu lah saya terdengar tauke tu membebel dengan mengatakan ,kalau tak mampu beli jangan lah tanya” luahnya kesal dengan sikap peniaga tersebut.

Perkara itu dilihat sebagai perlakuan seorang samseng yang ingin mencari masalah sedangkan beliau hanya bertanyakan tentang harga buah tersebut. Beliau turut menggelarkan mereka sebagai KL Gangster.

Beliau yang berbangsa Cina berasa sedih apabila bangsanya sendiri berkelakuan sedemikian dan katanya, beliau tidak lagi mengunjungi Petaling Street selepas daripada insiden tersebut.

Sementara itu salah seorang pengguna Facebook yang lain mendakwa pernah menyaksi insiden seorang lelaki ditendang kerana enggan membeli barang yang dilihatnya sambil menyifatkan kawasan tersebut dipenuhi dengan peniaga samseng.

“Saya pernah nampak depan mata saya bila ada sorang lelaki melayu kena sepak dua tiga kali sebab takmau beli. Dia cuba dua tiga spek itam, bila dia rasa tak cun dia tak beli lah n say tq. Tiba2 peniaga tu mengamok keluar ke depan maki2 dlm bahasa cina n kwn2 dia semua dtg tunjuk samseng.

“Lelaki melayu tu kena sepak dan ketakutan. Lalu kwn dia tlg bayarkan harga satu spek itam… dah lah mahal, dah tu paksa2. Saya tgk pun takot dan nak tlg pun takut. Mcm dikepung dgn peniaga2 situ” ujarnya yang mengunakan nama Tengku Kecik.

Terdahulu dua orang lelaki berketurunan India mengamuk apabila salah seorang peniaga di kawasan terbabit dikatakan cuba menipu ketika hendak membeli buah.

Mereka turut mendakwa ditolak oleh salah seorang peniaga apabila membangkitkan isu tersebut. – sumber

No comments :

Post a Comment