SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 15 September 2015

KELUARGA LUAH RASA KECEWA PENYEBARAN GAMBAR & BERITA PALSU ALLAHYARHAM CIKGU NUROSHLIZAN

No comments :

Pemergian mereka bertemu Maha Pencipta di tempat yang menjadi impian setiap umat Islam adalah satu anugerah yang terhebat dariNya di mana pada petang Jumaat lalu dimana sebuah kren pembinaan telah terbalik yang menyebabkan sekuran-kurangnya 107 orang jemaah haji telah meninggal dunia di Masjidil Haram, Mekah termasuk lima orang rakyat Malaysia.

Disebalik ada yang kagum dan ada yang meratapi pemergian mereka ini, ada juga berita tidak sedap didengarapabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita palsu mengenai mereka di laman sosial.

Admin sendiri terjumpa sekeping gambar palsu berkenaan yang telah pun diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya menunjukkan gambar jenazah seorang jemaah haji Malaysia, Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli sedang tersenyum semasa dikapankan.






Gambar tersebut memaparkan gambar arwah Nuroshlizan yang betul dan sekeping gambar seorang wanita yang kononnya adalah jenazah arwah yang sedang tersenyum.

Berdasarkan pemerhatian admin berita dan gambar palsu berkenaan telah dikongsi oleh ramai pengguna Facebook menyebabkan ianya telah tersebar dengan begitu cepat dan admin cuba mencari siapakah sebenarnya gambar jenazah tersenyum itu.

Apa yang admin dapat berdasarkan carian Google, gambar itu sudah pun ada sejak dari tahun 2014 lagi sedangkan arwah baru meninggalkan kita beberapa hari yang lalu.

Kami cuba menghubungi adik lelaki arwah, Amalludin Zolkifli dan beliau mengesahkan apa yang disebarkan itu adalah berita palsu.

Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan kerana walaupun apa yang disebarkan bukan memburukkan tetapi ia seolah-olah mempermainkan gambar dan pemergian arwah kerana perkara itu tidak berlaku.

"Semasa ayah saya berada di hospital di Mekah, dia telah cuba mengambil gambar arwah kakak namun telah dihalang oleh kakitangan hospital inikan pula gambar arwah hendak dikebumikan kerana prosuder di tempat pengebumian lagi ketat dari hospital."

"Saya rasa amat kecewa dan risau dengan penyiaran gambar-gambar ini kerana takut akan menimbulkan perlbagai masalah lain di masa depan," katanya yang nyata terkilan dengan perkara ini.

Amalludin juga memberitahu selain gambar itu dia juga mendapat satu lagi gambar lain berita palsu mengenai arwah di laman sosial.

"Selain gambar kononnya jenazah arwah kakak saya tersenyum itu ada lagi satu berita dan gambar palsu mengenai arwah iaitu tersebar gambar kononnya gambar arwah kakak saya semasa dijumpai ditempat kejadian di mana mayatnya sedang sujud."

"Itu bukanlah kakak saya, saya sudah menghubungi pihak tabung haji untuk mengetahui tentang hal ini." cerita beliau dengan nada kecewa.



Gambar palsu kononnya jenazah Nuroshlizan dijumpai dalam keadaan bersujud
bersama senaskah Al Quran
Beliau meminta kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu ini kerana ia sama sekali tidak benar.

Jadi nasihat admin sendiri kepada sesiapa yang telah memuatnaik atau telah share gambar-gambar berkenaan supaya memadamnya sebagai tanda hormat kepada Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zulkifli. Arwah pergi dengan keadaan yang sungguh mulia, kenapa kita perlu untuk mengaibkan arwah.

Marilah bersama-sama kita mengirimkan doa kepada mereka yang terkorban ini semoga sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya dan mendoakan jemaah-jemaah haji yang cedera cepat sembuh supaya dapat menunaikan haji dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada semua jemaah-jemaah haji di sana dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur. -  SUMBER

No comments :

Post a Comment