SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

LAGI KES BAWA ANJING BAWA TROLI DI KLIA

No comments :

SEPANG - Selepas kejadian di Tesco Plentong dan Tesco Ampang, insiden yang sama berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh dua individu yang dipercayai warga tempatan dan pembantu rumahnya.

Berdasarkan gambar, kelihatan dua orang wanita membawa anjing menggunakan troii KLIA. Wanita berbaju merah itu dipercayai pembantu rumah, manakala wanita di sebelah berkemungkinan adalah majikannya, sama ada sedang menunggu seseorang atau menghantar ahli keluarga mereka di KLIA.

Lokasi tidak dapat dipastikan namun ia kelihatan seperti kawasan balai ketibaan.

Gambar yang tersebar di laman sosial beberapa hari yang lalu ini, mencetuskan tanda tanya netizen, apakah mereka sengaja berbuat demikian atau benar-benar tidak tahu akan larangan membawa haiwan ke dalam bangunan awam?

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kenyataan dari pihak KLIA mengenai isu terbabit. - SUMBER

No comments :

Post a Comment