SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 15 September 2015

LAGI KES BAWA ANJING GUNA TROLI, SERTU LAGI ??

No comments :

SEPANG - Gambar seorang lelaki membawa anjing menggunakan troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersebar di laman sosial baru sebentar tadi.

Gambar yang dirakam oleh saksi itu dipercayai berlaku baru-baru ini selepas kejadian pertama di KLIA yang melibatkan dua orang wanita membawa anjing menggunakan troli yang sama di ruang legar Balai Ketibaan.

Berdasarkan gambar, lelaki terbabit membawa anjingnya menggunakan troli KLIA di ruang legar Balai Pelepasan.

Tindakan lelaki itu mengundang perhatian pengguna KLIA yang lain lalu melaporkan kepada pihak pengurusan KLIA sebelum didatangi oleh dua kakitangan KLIA.

Tindakan lelaki itu kini menimbulkan persoalan netizen, apakah mereka benar-benar tidak tahu larangan membawa haiwan perliharaan ke dalam KLIA atau mereka sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini?

Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat, berkemungkinan lelaki itu bukan warga tempatan. Namun, dakwaan itu agak kurang menyakinkan kerana umum tahu bahawa kawasan awam seperti KLIA adalah dilarang membawa haiwan perliharaan.

Kes ini semakin menjadi-jadi. Pihak KLIA perlu tegas dan pantau semua pintu masuk agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. - SUMBER

No comments :

Post a Comment