SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 15 September 2015

LELAKI INI KANTOI RAKAM BAWA SKIRT WANITA DI PUBLIKA, DUTAMAS (VIDEO)

No comments :

AKSI licik seorang lelaki yang bertindak merakam bawah skirt wanita di sebuah kompleks beli belah berjaya dibongkar apabila rakaman CCTV menunjukkan dia melakukan aksi terkutuk terbabit.

Menerusi video berdurasi 2 minit yang dimuat naik di laman Facebook Friends of Barisan Nasional, kejadian dilaporkan berlaku di kompleks beli belah Publika, Dutamas.

Lelaki 40-an terbabit dilihat membawa sebuah beg dan berkeliaran di kawasan berkenaan yang sesak dengan orang ramai untuk mencari mangsa.

Modus operandi yang digunakan lelaki itu adalah dengan menyembunyikan kamera di dalam beg galas yang dibawanya, sebelum mendekati suspek untuk merakam video.

Dalam kejadian tersebut, lelaki miang itu dilihat mendekati beberapa orang gadis, sebelum bertindak mengekori seorang wanita berbaju hitam dari arah belakang untuk merakam bawah skirt, selain gambar wanita terbabit.

Kepada golongan wanita di luar sana, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan sebaiknya jangan mengenakan skirt yang pendek kerana dikhuatiri anda mungkin mangsa seterusnya lelaki miang ini. – SUMBER
 

No comments :

Post a Comment