SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 1 September 2015

"LETAK JAWATAN, TURUN TAKHTA, DAN MASUK POLITIK" - SERU BEKAS PEGUAM KEPADA SULTAN JOHOR

No comments :

SEORANG bekas peguam kepada keluarga Diraja Johor dengan lantangnya meminta Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar melepaskan takhtanya sebagai Sultan Johor dan terjun ke arena politik.

Melalui laman sosial Facebook peribadinya, Kamal Hisham Jaafar terang-terangan berkata demikian susulan kecenderungan Sultan Ibrahim terhadap situasi politik sekarang.

Malah, dia turut mendakwa kononnya mengenali Sultan Ibrahim. Betul ke?

Tulisnya, “Saya AMAT KENAL bukan baru…di dalam bahasa pasar ‘bau kentutnya pun saya dah boleh agak’. (gurau jangan ambil hati)

“Jika Sultan Johor sudah mula menampakkan minat terhadap politik dan BERCAKAP MACAM AHLI POLITIK, maka letaklah jawatan turun takhta berjuanglah untuk kebajikan serta kesejahteraan rakyat.”

Ujar Kamal lanjut, dia mengakui bahawa Sultan Ibrahim mempunyai karisma dan ciri-ciri pemimpin yang baik serta figura berkenaan amatlah disenangi rakyat jelata.

Justeru, cadangan tersebut dibuatnya sementelah sistem pentadbiran dan perundangan turut melarang sultan dari mencampuri hal ehwal politik.


Dalam nada sindiran, dia yang kini menetap di Dubai turut melemparkan tuduhan kepada pihak-pihak tertentu apabila tanpa menyebut nama, dia menulis, “MEMANG MUDAH NAK JADI KAYA ATAU MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN bila guna pengaruh dan jawatan bak kata orang.”

Katanya, ungkapan tersebut merupakan nasihat dari bakal YAB Ibrahim Ismail. Agak-agak untuk siapa, ya?

Sebelum ini, Kamal Hisham menghadapi tuduhan menyeleweng dana berjumlah lebih RM600,000 milik sebuah syarikat yang berpengkalan di Johor, Southern Ads Sdn Bhd yang dikatakan berkaitan dengan Istana Johor.

Pada April 2011, dia bertindak meninggalkan Malaysia selepas laporan polis dibuat oleh entiti berkenaan terhadapnya 31 Mac sebelum itu.

Jadinya, dengan latar kehidupan terdahulu individu tersebut yang jelas menyeleweng dana syarikat sehingga sanggup lari ke luar negara, adakah kata-katanya boleh diterima pakai lagi? Fikir-fikirkanlah. – SUMBER

No comments :

Post a Comment