SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Thursday, 3 September 2015

PEMANDU GILA BELASAH PEMANDU BAS WANITA DI TENGAH JALAN RAYA

No comments :

Seorang pemandu bas wanita di China dibelasah oleh seorang pemandu kereta hanya disebabkan wanita itu menyalakan lampu dan membunyikan hon terhadapnya dalam satu kejadian yang dirakamkan kamera CCTV pada 21 Julai lalu.

Pemandu wanita itu, Xie, sedang memandu bas di bandar Nanjing ketika kejadian berlaku dan apabila dia berhenti di lampu isyarat, seorang lelaki keluar dari kenderaannya lalu berlaku perang mulut antara mereka.

Dia turut mencederakan Xie. Selepas pusingan pertama serangan itu berakhir, lelaki berkenaan dikenali sebagai Li kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan cuba melarikan diri.

Xie kemudiannya turun dan cuba menghalang kenderaan itu dengan berdiri di depan kereta.

Li tetap menghidupkan enjin kenderaannya dan bergerak meskipun ketika itu Xie masih berpaut pada bahagian depan kereta itu.

Apabila menyedari Xie masih berpaut dan enggan beredar, Li turun dari kereta dan sekali lagi memukul serta menendang wanita itu.

Serangan itu hanya berhenti selepas orang ramai yang lalu lalang telah masuk campur. Xie dibawa ke hospital untuk rawatan manakala Li pula ditangkap pada 22 Ogos lalu atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam.

No comments :

Post a Comment