SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Friday, 4 September 2015

"SAYA BELUM GILA LAGI BUAT PERKARA MACAM TU..." - UQASHA SENROSE

No comments :

BARU-baru ini memang ada kami dengar desas-desus yang menyatakan pelakon jelita Uqasha Senrose telah berkunjung ke sebuah kelab malam.

Lebih sensasi, ada yang mendakwa pelakon drama ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ ini berselindung dengan memakai topi dan membuka tudungnya.

Kesal dengan dakwaan yang tersebar itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal.

“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.

“Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,” katanya kepada mStar Online.

No comments :

Post a Comment