SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

"SUKA HATI KORANGLAH NAK PARKING KAT SINI !" - LUAHAN PENGGUNA JALAN RAYA DIBULI OLEH BIKERS BIADAB

No comments :

Luahan kesal seorang pengguna jalan raya yang dibuli oleh sekumpulan bikers yang biadab dan bongkak ini viral di laman Facebook.

Hanya kerana meminta mereka bertolak ansur, malangnya dia dimaki hamun dengan kata-kata yang tidak sewajarnya.

Hentian Petronas Serdang


"Aku meminta sekumpulan bikers (dalam gambar) parking double agar dapat menjimatkan ruang parking. Tetapi, apa yang aku dapat adalah cacian dan laungan makian seolah-olah aku orang baru keluar dari hutan, tak mampu beli motor sebesar mereka.

"Kejadian ini berlaku di hadapan keluarga dan anak-anak aku.

"Aku hargai salah seorang daripada sekumpulan bikers ini yang mengaku apa yang aku cakap itu betul tetapi tidak diendahkan rakan-rakan mereka yang lain.

"Aku terus dimaki hamun dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan seperti, aku baik sangat perangai, macam baguslah, aku pakai seluar pendek tak tutup aurat, dilaung dengan kasar.

"Mereka menjadi lebih agresif apabila aku rakam gambar mereka. Sikap bongkak kerana menunggang motor besar harus dielakkan," - luah Azahari kecewa di laman Facebooknya.

Sikap yang ditonjolkan oleh sekumpulan bikers yang tidak bertamadun ini telah mencemarkan imej kumpulan bikers yang lain. Tiada salahnya untuk menerima teguran dan bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan gambar, jelas sekali sekumpulan bikers tersebut telah menyalahgunakan petak parking demi kepentingan diri sehingga pengguna yang lain tidak dapat meletakkan kereta mereka di tempat yang sepatutnya.

Justeru, netizen mengkritik tindakan biadab dan bongkak mereka.

"Kalau berkumpulan, memang mereka berani membuli orang lain. Cuba kalau seorang, kecut perut bagaikan tikus lari ke lorong gelap," kata Adam.

"Patutnya mereka bertimbang rasa. Mahal mana pun motor mereka, tak patut parking motor macam tu. Mereka secara tidak langsungnya memalukan diri mereka. - SUMBER

No comments :

Post a Comment