SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 12 September 2015

TEH KRISANTIMUM YEO'S BOLEH MENYEBABKAN KANAK-KANAK JADI HYPERAKTIF

No comments :


Baru-baru ini, saya perasan dengan notis kecil pada minuman tin Teh Bunga Yeo's atau Teh Krisantimum 300ml, yang dijual dengan harga RM1 di 7-Eleven.

Saya beli beberapa tin minuman tersebut kerana ingin minum minuman sejuk yang bagus. Saya perasan di bahagian tin ada ditampal dengan satu pelekat notis kecil. Hairan dengan pelekat tersebut, saya menanggalkannya.

Pada mulanya, ia kelihatan seperti maklumat yang sama. Tetapi terdapat perbezaan dari cetakan asal pada tin yang dinyatakan mengandungi kandungan pewarna E102 dan E110 yang dibenar pada tin tersebut.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk menyelidik 2 kod tersebut.

Kod E102 dan E110 adalah dua kod daripada enam kod pewarna yang boleh meningkatkan kadar hiperaktif pada kanak-kanak. Parlimen Eropah pada 8 Julai 2008 pada pelabelan makanan yang mengandungi enam pewarna makanan ini memutuskan bahawa ia mungkin mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada kanak-kanak.

Sekarang saya tertanya-tanya, adakah Yeo's sedar akan kesan buruk daripada bahan pewarna makanan ini kepada kanak-kanak dan adakah tindakan menutup maklumat kandungan bahan dalam air minuman ini untuk menyembunyi fakta tersebut?

Tartrazine (E102)
Diskripsi: Pewarna kuning sintetik yang terdapat dalam gula-gula, biskut dan kacang pea.

Kesan pada kesihatan: Menyebabkan hiperaktif, yang dikaitkan dengan tindak balas alahan dan migrain.

Sunset Yellow (E110)
Diskripsi: Pewarna kuning sintetik yang terdapat dalam gula-gula, ais krim, minuman bergas.

Kesan pada kesihatan: Menyebabkan hiperaktif dan dikaitkan dengan gangguan perut dan bengkak kulit.

RUJUKAN:

http://www.foodcomm.org.uk/press/warning_labels/

http://fsq.moh.gov.my/v4/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Perundangan/Akta%20dan%20Peraturan/Food_Regs_1985/FR1985_p5.pdf

SUMBER

No comments :

Post a Comment