SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 1 September 2015

"THIS IS THE TIME...." - PESANAN SOO WINCCI UNTUK NAJIB #najibnajis

No comments :


Dari Taiwan, selebriti Soo Wincci mempunyai mesej kepada seluruh rakyat Malaysia – termasuk Datuk Seri Najib Razak – apabila meminta perdana menteri meletak jawatan dan “memberi ruang kebebasan kepada rakyat Malaysia”.

Dalam pesanan berbentuk klip video itu, Soo berkata, Najib sudah berada “di atas pentas” terlalu lama dan ia kini “amat sesak”.

Klip berkenaan jelas dibuat khusus untuk menunjukkan sokongannya kepada BERSIH 4 yang diadakan selama 34 jam mulai Sabtu lalu.

Soo, 29, adalah seorang penyanyi, pelakon, pencipta lagu dan baru-baru ini menjadi peserta rancangan realiti Masterchef Malaysia.

Dia juga penah memenangi pertandingan ratu cantik dan mewakili Malaysia dalam Miss World 2008.

Dalam pesanan selama kira-kira lapan minit di YouTube itu Soo berkata, dia meminta maaf tidak dapat menyertai orang ramai turun ke Dataran Merdeka disebabkan berada di Taiwan.

“Saya terharu melihat gambar semua orang keluar dan berjuang demi hak mereka dan masa depan Malaysia.

“Saya membesar di Malaysia tetapi kini berpangkalan di Taiwan. “Saya mahu cakap sesuatu walaupun mungkin diharamkan atau dihalang pulang ke Malaysia, tetapi kamu beri saya kekuatan dan akan tanggung risiko itu sendiri.

“Kamu semua adalah kekuatan saya. Saya mahu nyanyikan lagu yang dirakam bulan lalu. Ia single untuk memecah pasaran AS. Ia tidak patut disiarkan tetapi saya tujukan untuk kamu semua. Ia dicipta oleh saya sendiri,” katanya.

Soo kemudian menyanyikan lagu berkenaan, This is the Time.

Selain Soo, seorang lagi selebriti yang jelas menyokong BERSIH 4 ialah Daiyan Trisha yang sering muncul dalam program Astro.

Daiyan, 22, membuat kenyataan mengenai sokongan itu melalui Twitter.

Dia juga mengulang siar Twitter dibuat model Daphne Iking. – sumber

No comments :

Post a Comment