SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 8 September 2015

VIDEO LELAKI WARGA ASING CABUL KANAK-KANAK LELAKI TERSEBAR

No comments :


Video tindakan seorang warga asing berasal dari BAngladesh yang dipercayai Pedofil cuba mencabul seorang kanak-kanak lelaki di pusat membeli belah Al Qasr Mall, Riyadh telah tersebar.

Video berkenaan yang berdurasi 20 saat telah dimuatnaik ke laman sosial oleh seorang pengguna Facebook di mana aksi berkenaan telah mendapat kritikan netizen.

Di dalam video berkenaan, lelaki tersebut yang didakwa pengendali kereta mainan telah cuba mencium budak berkenaan tetapi ditolak olehnya, namun kerana kudrat seorang budak dia tidak berdaya berbuat apa-apa.

Kerana rakaman itu, netizen menyifatkan ia sebagai salah satu keburukan manusia yang dilihat sifat segelintir mereka sudah lari dari norma kehidupan yang semakin sonsang.

Kanak-kanak yang sepatutnya dibela dan dijaga oleh orang dewasa diperlakukan sebegitu oleh orang dewasa sendiri.

Bagaimanapun tindakan lelaki berkenaan telah berjaya dihidu oleh Polis Agama di bawah Suruhanjaya untuk Promosi Kebaikan dan Pencegahan Maksiat yang sedang melakukan rondaan rutin dan terlihat kejadian tersebut.

"Mereka telah mengambil video sebagai bukti dan telah menangkap lelaki berkenaan. bagaimanapun lelaki warga asing tersebut menafikan tindakannya itu sebagai cuba mencabul," petikan dari Akhbar Emirates 21/7.

Akhabr berkenaan juga mengingatkan supaya ibu bapa mengambil iktibar dengan kejadian ini supaya tidak melepaskan anak-anak mereka tanpa kawalan.


Berdasarkan siasatan pihak polis, lelaki berkenaan adalah bapa saudara mangsa sendiri yang membawanya ke tempat kerja bagi memudahkan kerja jahatnya itu. -  SUMBER

No comments :

Post a Comment