SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Friday, 25 March 2016

KES TEMBAKAN DI RESTORAN SEPANG (GAMBAR & VIDEO)

No comments :

Sepang, 25 Mac - Satu kejadian tembakan telah dilaporkan berlaku di Sepang dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Gambar-gambar dan video kejadian dimuat naik oleh akaun Facebook, Info Maya.

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik, kelihatan beberapa das tembakan dilepaskan kearah cermin hadapan dan juga cermin sisi kereta mangsa.

Selain itu, salah satu dari gambar juga turut memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mangsa dalam keadaan penuh dengan darah.

Kejadian yang sama turut dilaporkan oleh pengerusi Malaysian Crime Watch, Sri Sanjeevan R melalui Twitternya.
Baru sebentar tadi berlaku satu kes tembak di hadapan sebuah kedai mamak berdekatan KLIA. Lebih 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa. — Sri Sanjeevan R (@SanjeevanSSS) March 25, 2016

Baca : Pengawal Keselamatan disangka 'Datuk' Parah Ditembak






LIHAT VIDEO DI SINI

No comments :

Post a Comment