SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 22 March 2016

LELAKI GILA SEKS, CEROBOH TANDAS PEREMPUAN SEKOLAH & CUBA PELUK PELAJAR 11 TAHUN (4 GAMBAR)

No comments :

Shah Alam, 22 Mac: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana menceroboh tandas perempuan di sebuah sekolah agama di Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, suspek ditahan oleh beberapa guru yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4 petang.

Menurut beliau lagi, suspek memasuki kawasan sekolah melalui longkang sebelum masuk ke tandas dipercayai untuk mengintai.

"Suspek juga cuba memeluk seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun namun tidak berjaya dan kejadian itu dimaklumkan pelajar terbabit kepada guru

"Disebabkan takut ditahan, suspek terus melarikan diri sebelum kembali semula untuk melakukan kesalahan sama beberapa jam kemudian dan akhirnya berjaya ditahan di kawasan sekolah," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - SUMBER





No comments :

Post a Comment