SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 22 March 2016

"TAK SALAH BERCINTA DENGAN PENGURUS" - AKHIRNYA SITI NORDIANA BUKA MULUT

No comments :

PENYANYI Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana berkata bukanlah menjadi kesalahan jika ada artis yang bercinta dengan pengurus sendiri kerana soal hati bukan dalam kawalan sesiapa.

“Tak salah nak bercinta dengan pengurus sendiri. Perkara macam ini memang terjadi dalam dunia hiburan Tetapi, dakwaan mengatakan saya konon bercinta pengurus sendiri adalah tidak benar”

Siti Nordiana dan Pengurusnya

Nana juga menjelaskan bahawa pengurusnya itu sudah berada bersama-samanya sejak tahun 2011 dan dia juga berharap bahawa pada masa akan datang, tidak berbangkit lagi isu yang sama seperti ini.

“Hubungan saya dan pengurus adalah hubungan yang biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih. Hubungan kami setakat hubungan seorang pengurus dan artis. Itu sahaja”.

No comments :

Post a Comment