SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Tuesday, 12 April 2016

"DR. ZAKIR BOLEH BAGI CERAMAH TAP....... " - KPN

No comments :

KUALA LUMPUR, 11 Apr: Dr. Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian negara.

Lapor Astro Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.

"Kita akan semak apa tajuk ceramah beliau (Dr Zakir Naik)," katanya.

Sebelum ini, Khalid menerusi Twitternya berkata polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr. Zakir Naik yang bertajuk "Similarities Between Hinduism dan Islam" (Persamaan antara agama Hindu dan Islam); yang dijadualkan berlangsung di Melaka; diteruskan.

"Polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti awam di negara ini," katanya.

Dr Zakir Naik akan berceramah beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi. - SUMBER

No comments :

Post a Comment