SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Sunday, 17 April 2016

"HENTI SEBAR KISAH TAK BENAR TENTANG KELUARGA SAYA..."

No comments :
“HENTI sebarkan kisah tidak benar mengenai keluarga saya,” itu permintaan daripada waris seorang wanita yang meninggal dunia selepas lapan hari melahirkan anak kembar.

Adik kepada arwah, Abdul Razak Nordin, 44, berkata, keluarga kakaknya tidaklah sedaif seperti yang diviralkan, malah telah pun mendapat bantuan daripada pihak berwajib seperti Baitumal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin tempatan.

Menurut Razak, pihak keluarga juga masih mampu menyelesaikan segala urusan secara sendiri dan cerita kononnya elektrik serta bekalan air di rumah arwah kakaknya telah dipotong adalah tidak benar.

“Saya bagi pihak keluarga di sini ingin menjelaskan bahawa perkara itu telah disalah ertikan yang mana sebenarnya kami tidak ada masalah, tidak ada yang perlu dibimbangkan.

“Segala kelengkapan dan bantuan itu adik beradik kami mampu untuk tanggung,” katanya seperti dipetik laman portal peraktoday.com.

Baru-baru ini kisah sembilan beradik yang merupakan anak kepada Allahyarham Roshidah Nordin menjadi viral apabila dikatakan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Sejak maklumat itu tersebar ahli keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada mereka yang bersimpati.

Sementara itu, sepupu kepada arwah, Azam Abdul Mutalib berkata, perkara yang menjadi viral itu telah menimbulkan intepretasi kurang baik di pandangan mata orang ramai kepada keluarga waris.

“Kami tidak menghalang kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan kerana ia perkara yang baik, cuma kalau boleh hentikanlah perkara ini daripada disensasikan, itu sahaja,” tegasnya.

Roshidah meninggalkan sembilan orang anak dengan yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling muda kembar lelaki berusia sembilan hari. – SUMBER

No comments :

Post a Comment