SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 16 April 2016

"IT'S FINGER LICKIN GOOD", KFC DIKECAM MUAT NAIK IKLAN BERUNSUR LUCAH (VIDEO)

No comments :

TIDAK dapat dinafikan bahawa media sosial mampu memberikan impak yang besar dalam menyebarkan sesuatu berita atau sebagai medium pengiklanan.

Rangkaian makanan segera terkenal Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Australia misalnya memuat naik satu posting di laman Twitternya sebagai iklan.

Malangnya kapsyen disertakan berjaya membuatkan ramai netizen berasa jijik berbanding tertarik dengan promosi KFC terhadap produk baharunya.




Ternyata, jenaka yang dianggap gurauan itu dikritik hebat oleh netizen apabila syarikat makanan segera itu menggunakan gambar yang berunsur lucah.

Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh KFC Australia, kelihatan seorang wanita menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh ‘sesuatu’ yang berada di atas riba lelaki itu.

Kononnya, imej yang dikaburi itu ialah bekas berisi ayam, namun netizen tidak dapat menerimanya kerana majoriti berpendapat iklan tersebut tidak sensitif dan berunsur lucah.

Beberapa netizen turut menyuarakan pandangan bahawa iklan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak malah turut merendah-rendahkan wanita.



Dalam satu kenyataan kepada News.com.au, KFC berkata, tweet berkenaan adalah asli dan ia merupakan salah satu kaedah pemasaran untuk memperkenalkan produk baru ayam KFC Hot & Spicy yang akan dilancarkan minggu hadapan.


Tweet berkenaan bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan sesiapa malah pihak KFC Australia telah menarik balik gambar tersebut dan memohon maaf di atas kejadian tersebut. – SUMBER

No comments :

Post a Comment