SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 30 April 2016

KEYCHAIN ADA ALAT PENGESAN DIJUAL SINDIKET PEROMPAK

No comments :

BARU-BARU ini tersebar amaran meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila dihampiri penjual rantai kunci di tempat awam seperti stesen minyak dan bank, kerana ia didakwa memiliki alat pengesan yang boleh membuatkan pemiliknya menjadi mangsa jenayah.

Amaran tersebut dimuat naik dalam satu status Facebook pada Selasa lalu dan menjadi viral hingga mendapat perkongsian lebih 10,000 kali selain dipanjangkan menerusi status WhatsApp.

Kisah rantai kunci dijual di Malaysia mempunyai alat pengesan untuk tujuan jenayah rompak kereta dan rumah ini, turut disiarkan di portal Singapura kerana sindiket berkenaan dikatakan telah mula memasuki negara jiran itu, antaranya di Woodlands, Toa Payoh dan sekitar Ang Mo Kio.



Dipercayai ramai yang mempercayai amaran tersebut kerana ia kononnya telah mendapat pengesahan pihak polis di Malaysia.

Bagaimanapun Channel News Asia melaporkan, berita yang tersebar ini sebenarnya palsu malah ianya sudah mula bertebaran di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Kenya sejak tahun 2008 lagi.

Di Afrika Selatan, berita palsu ini bermula daripada rantai kunci yang bersinar menggunakan tenaga solar dan diedarkan secara percuma oleh stesen minyak Caltex.


Rantai kunci yang diedarkan percuma di Afrika Selatan ini juga pernah disebarkan dipasang dengan alat pengesan.

Manakala rantai kunci yang dimomokkan di sekitar Malaysia dan Singapura pula, sebenarnya adalah rantai kunci anti-hilang menggunakan bluetooth yang biasa dijual di laman e-commerce.

Sehubungan itu, kes rantai kunci kononnya ada alat pengesan yang boleh menakutkan orang ramai ini, dipercayai tidak wujud sebaliknya cuma berita palsu yang dikitar semula individu tertentu yang tidak kerja lebih berfaedah mahu dibuat.

Selagi tidak ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa, berita yang belum tentu sahih tidak sepatutnya disebarkan kerana ia boleh mencetus perasaan risau dalam kalangan masyarakat.

No comments :

Post a Comment