SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Friday, 15 April 2016

UPDATE: ISTERI MB TERENGGANU AJAR REMAJA DIISLAMKAN DR. ZAKIR NAIK BERTUDUNG

No comments :

Kemaman: Sejurus seorang remaja Kristian yang telah di Islamkan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik secara langsung di hadapan kira-kira 45,000 di Padang Astaka, Kemaman, remaja berkenaan telah dibawa oleh pihak Jabatan Agama ke belakang pentas untuk mengelakkan dari diserbu orang ramai, lapor Terengganu Times.

Ramaja berkenaan yang dikenali dengan nama Nina Grace telah disambut oleh isteri kepada Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Halina Zakaria di belakang pentas di mana To' Puan Harlina telah mengajar remaja berkenaan cara memakai tudung.

CERITA SEBENAR GADIS INI PELUK ISLAM SELEPAS BERTANYA KEPADA DR. ZAKIR NAIK DI KEMAMAN (VIDEO)

Dalam pada itu, Nina dikhabarkan sudah mempunyai nama Islamnya dan bercadang akan menukar nama dari Nina Grace kepada Nur Nina Farisha.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco dimana sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun

Menurut TerengganuTimes, Nina yang berasal daripada Kulai, Johor dan telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman semalam. -

No comments :

Post a Comment