SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 16 April 2016

UPDATE: SELEPAS RAMAI DITIPU, INI TINDAKAN SETERUSNYA DARI DSV (VIDEO)

No comments :

PENGASAS kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah pun tampil menjelaskan bahawa terdapat satu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. BACA SINI



Ini berikutan, akaun Facebook palsu yang menggunakan nama DSV – Dato’ Seri Vida itu, telah menipu lebih 200,000 netizen ‘hidup-hidup’ dengan mendakwa kononnya jutawan wanita itu mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma.

Gara-gara kejadian itu, siapa sangka Datuk Vida benar-benar bermurah hati dan bersetuju ingin menghadiahkan beg Loius Vuitton tersebut.

Apa yang menariknya, bukan satu sahaja koleksi beg yang akan diberi tetapi beberapa buah.

Perkara itu diumumkan Datuk Vida sendiri menerusi video di laman Instagramnya baru-baru ini.


Menurut seorang penjual beg berjenama online, nilai salah satu beg yang ditunjukkan Datuk Vida dalam videonya berharga lebih RM10,000. Wow.. terkejut bukan?

Bagi anda yang mengimpikan memakai beg LV ini, bolehlah mencuba dengan hanya ‘like‘ dan komen di laman sosial Datuk Vida.

Kata figura yang sinonim dengan tagline, Qu Puteh.. Qu Puteh.. Barulah Putih ini, pengikutnya yang rajin dan paling banyak ‘like‘ dan komen akan terpilih menerima beg tersebut.

Haa.. mudah bukan? Apa lagi… like dan komen banyak-banyak. Mana tahu rezeki anda! – SUMBER

No comments :

Post a Comment