SAPSAI SEGALA-GALANYA !

Saturday, 30 April 2016

YANA SAMSUDIN SAH HAMIL 7 BULAN (3 GAMBAR)

No comments :

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin kerana tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulung.

Berita gembira ini dikongsi oleh Fadzil menerusi laman Instagramnya awal pagi tadi.



Menurut adik kepada pelakon terkenal Farid Kamil ini, usia kandungan isterinya sudah mencecah tujuh bulan.

Pada masa sama, Fadzil turut memohon kepada peminat agar mendoakan kesejahteraan isteri dan kandungannya.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen tahniah dan gembira dengan berita baik tersebut.

Tidak kurang juga, ada peminat yang terkejut ekoran tidak menyedari perubahan fizikal Yana selama ini.



Difahamkan, Yana mengetahui dirinya hamil agak lambat iaitu selepas usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.

Mengikut perkiraan doktor, Yana dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada minggu kedua Aidilfitri ini.

Sama-sama kita doakan Yana berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusannya bersalin kelak. –

No comments :

Post a Comment